TEMPAHAN
Untuk membuat tempahan, sila e-mel maklumat berikut ke :
-
Bagi tetamu membuat tempahan:
Nama penuh
Nombor MyKad / Passport
Nombor telefon
Jumlah tetamu & nama penuh setiap tetamu (termasuk kanak-kanak)
-
Hubungan Kecemasan:
Nama penuh
Nombor telefon / e-mel
-
Pilihan chalet daripada senarai berikut:
Hillside Cottage
Danau Daun Cottage
Teratak Air
-
Tarikh daftar masuk & tarikh daftar keluar
-
Permintaan BBQ:
# Jaring besi BBQ - RM 5 sekeping
# Arang - RM 10 sekampit (2kg)
Bagi kegunaan BBQ, makanan, minuman, peralatan memasak, pengepit, pencucuk, mancis / pemetik api / penyala api, dan lain-lain TIDAK DISEDIAKAN. Anda digalakkan membawa pinggan, mangkuk, cawan sudu dan garpu sendiri (pakai-buang jika boleh).
Sekiranya ada kekosongan, pihak kami akan membalas e-mel anda besertakan sebutharga dan butiran pembayaran.
Untuk pengesahan tempahan, anda diminta membuat BAYARAN PENUH melalui perbankkan dalam talian dalam tempoh 24 jam.
Setelah bayaran penuh dibuat, sila e-mel bukti resit pembayaran. Pihak kami akan mengesahkan tempahan dan e-melkan slip tempahan bersama nombor tempahan dalam masa 24 jam.
*Semua data peribadi akan disimpan secara sulit. Pihak kami tidak akan mendedahkan data tersebut kepada mana-mana pihak ketiga, melainkan diperintah oleh pihak berkuasa.
-
Tempahan chalet boleh dibuat melalui e-mel sahaja.
-
Pihak kami menerima semua pembayaran melalui perbankan dalam talian sahaja.
-
Pendaftaran melalui walk-in tidak diterima.
-
Tetamu luar atau tidak berdaftar dilarang masuk premis Danau Daun Chalets.
-
Tetamu Danau Daun Chalets berdaftar tidak dibenarkan menjemput tetamu luar atau tidak berdaftar memasuki premis Danau Daun Chalets.
Bagi melawan penuralan wabak COVID-19, pihak pengurusan Danau Daun Chalets tidak akan menerima kemasukan tetamu yang bergejala seperti berikut:
-
Suhu badan melebihi 37.5°C
-
Batuk
-
Sakit Tetak
-
Sukar Bernafas
-
Selsema
Sekiranya ada tetamu yang bergejala selepas tempahan disahkan, sila maklumkan pihak kami secepat mungkin agar pihak kami dapat mengambil tindakan sewajarnya seperti mengubah tarikh tempahan.
PEMBATALAN
Untuk membatalkan tempahan dan mendapatkan pemulangan wang, sila maklumkan pihak kami melalui e-mel sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tarikh daftar masuk. Tiada pemulangan wang bagi segala pembatalan yang dibuat dalam tempoh masa kurang daripada 48 jam sebelum tarikh daftar masuk.
Bagi tempahan yang disahkan dalam dua hari atau kurang sebelum tarikh daftar masuk, hanya 40% daripada jumlah bayaran boleh dipulangkan jika ingin membatalkan tempahan.
Sekiranya anda ingin membuat perubahan kepada tempahan yang disahkan, sila maklumkan pihak kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tarikh daftar masuk.
DAFTAR MASUK
MASA DAFTAR MASUK PALING AWAL: 2:00 P.M.
Setelah tiba di kawasan pendaftaran tetamu (reception), sila kekal berada di dalam kenderaan anda. Pihak kami akan menyambut anda dan menjalankan proses daftar masuk dari kenderaan anda. Semua tetamu diminta memakai topeng muka ketika daftar masuk.
Bagi tetamu yang membuat tempahan, sila sediakan nama penuh, MyKad / Passport dan nombor tempahan.
SEMUA TETAMU AKAN DIPERIKSA UNTUK MENDAPATKAN BACAAN SUHU BADAN, DAN DISOAL SAMA ADA MENGALAMI GEJALA-GEJALA BERIKUT:
-
Batuk
-
Sakit Tetak
-
Sukar Bernafas
-
Selsema
Sekiranya semua tetamu tidak bergejala, proses daftar masuk akan diteruskan.
Kunci chalet disediakan berdekatan dengan pintu masuk chalet.
Semua tetamu dinasihatkan agar berada didalam chalet sebanyak mungkin.
Pihak kami berharap agar anda dapat menikmati penginapan anda di Danau Daun Chalets.
Seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), sekiranya anda bergelaja seperti yang dinyatakan atau mempunyai bacaan suhu badan melebihi 37.5°C, pihak pengurusan kami tidak boleh membenarkan sebarang pendaftaran diteruskan. Tetamu bergejala dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Walaubagaimanapun, pihak kami boleh membantu anda bagi mengubah tarikh tempahan (bergantung kepada kekosongan). Sila pastikan anda semua bebas dari sebarang gejala sebelum berlepas.
DAFTAR KELUAR
MASA DAFTAR KELUAR PALING LEWAT: 12:00 P.M.
Anda hanya boleh daftar keluar dari chalet pada pukul 12:00 tengah hari atau sebelum sahaja. Pembersihan chalet akan mengambil lebih masa disebabkan oleh prosedur disinfeksi / nyahkuman.
Sila pastikan semua barang-barang peribadi tidak tertinggal sebelum daftar keluar.
Sila kembalikan kunci chalet ke tempat yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk chalet.